Sahabat @ Blog Kang Robby yang Rahmati Allah SWT Sedikit tentang kisah teladan penuh hikmah bagi kita semua. Dikisahkan dalam seb...
Sahabat @ Blog Kang Robby yang Rahmati Allah SWT
Sedikit tentang kisah teladan penuh hikmah bagi kita semua.
Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali
Seorang ulama yang sangat masyhur dan Sufi yang fenomenal.
Pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan
seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun.
Bila pemuda yang sedang menyiram air itu
melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya
maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s,
kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi
kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku,
kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku
tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah
untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan
kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa,
"Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah
cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa
maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat
pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s
tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu.
Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang
di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang
yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila
dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu
maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T,
"Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku
tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s
berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu
yang berada di antara gunung-ganang
dan sedang duduk di atas sebuah batu besar,
matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu
dengan memberi salam, tetapi pemuda itu
tidak menjawab salam Nabi Isa a.s,
lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian
Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi,
"Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar
perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu
terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku.
Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku,
kalau engkau memotongnya dengan gergaji
sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara
tetapi tidak menyucikan diri dari
tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir
kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas
di dalam beramal, tetapi dia
ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan
yang menciptakannya, tetapi tidak berani
merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya
umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia.
Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda.
Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk.
Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa.
Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah.
Tetapi mereka lupa kepada kubur."
Sahabat..
Mari bertaqwalah kepada Allah SWT semampu kita,
karna ia mendambahkan ketaatan dan ketaqwaan
dari hambanya.bukan rasa ujub dalam beribadah kepadanya,
dan ingatlah bahwa Allah SWT tidak rugi
jika kita ingkar kepadanya, melainkan kita
yang sangat merugi jika semakin hari
kita lupa akan tujuan hidup kita didunia ini.
Beribadah dan beramal salih adalah tujuan hidup
kita di dunia ini. Ibadah adalah refleksi syukur
kepada Allah SWT yang telah memberkan
kita nikmat yang tidak terhingga.
Semoga kisah singkat ini dapat kita pahami
dan kita ambil hikmahnya. Dan insya Allah
akan ada kisah-kisah teladan berikutnya.
Kang Robby